Create your own banner at mybannermaker.com!
www.spaqaseh.com.my Membantu mencapai berat ideal anda untuk kesejahteraan sepanjang hayat

Friday, October 22, 2010

Friday, March 26, 2010

GULA DAN GEMUK ....

Gula boleh didapati dalam kebanyakkan makanan karbohidrat dan buah2an dalam bentuk gula komplek. Gula yang diproses mengandungi gula ringkas yang sangat mudah diserap oleh badan dan membekalkan tenaga SEGERA.

Saranan WHO .... pengambilan gula tidak melebihi 10 peratus dari jumlah tenaga harian atau tidak melebihi 10 SUDU TEH!

Tengok orang MALAYSIA : 2002/2003 purata gula dlm betuk gula pasir dan susu = 7 sudu
2009: pengambilan gula meningkat kepada 16 sudu teh sehari ( gula pasir je tu ) kalau campur gula dalam makanan bersamaan 25 sudu teh sehari. Itu adalh 25% keperluan tenaga dari hasil gula yang tiada NUTRISI.

Wednesday, March 24, 2010

PROMOSI SUPERMAXX5


Penghantaran PERCUMA

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws
Glittery texts by bigoo.ws

Tengah PREPARE list of FOOD dengan nilai Kalori.

Susah juga nak cari maklumat mengenai jumlah nilai kalori untuk makanan tempatan. Yand ada kebanyyakan bagi nilai kalori makanan barat. Infact mini software untuk calculate number of calories pun database western food. But I manage to gather the information and I need to verify the values thru multiple sources. Terperanjat juga tengok values yang ada .... memang banyak makanan yang mengemukkan. Dan lebih banyak makanan yang sihat dan enak dimakan. Satu perkara JUNK FOOD is BAD FOOD. FAST FOODs make u FAT.

Thursday, March 18, 2010

Guar gum dan Supermaxx5

Apa itu Guar Gum didalam supermaxx5?
Dibuat dari guar bean sejenis kekacang. Guar gum adalah fiber unik yang larut ( soluble fibres ) yang mengandungi karbohidrat komleks yang tidak diserap dan boleh menyerap air didalam usus sekiranya dimakan. Penggunaan nya mungkin boleh:
  • Mengurangkan paras total kolesterol
  • Mengurangkan paras lemak triglycerides
  • Meningkatkan kolesterol baik ( HDL )
  • Menstabilkan paras gula
  • Membaikpulih flora bacteria didalam usus
  • Mengurangkan selera makan
  • Seterusnya membantu mengurangkan berat badan.

Bagaimana ia mengurangkan selera makanan anda

  • Kandungan fiber guar gum akan menyebakan perjalanan makanan yang lebih perlahan dan menyebabkan kesan kenyang yang lama terutamnya sekiranya dimakan sejam sebelum waktu makan anda
  • " Partially hydrolized guar gum" akan meningkatkan paras CCK ( cholcystokinin ) yang akan menghantar signal ke otak anda yang anda berasa kenyang. Rangsangan yang sama sekiranya anda memakan terlalu banyak lemak dan protein. Kalori rendah whey protein ( e.g kacang soya ) juga menunjukkan perkara yang sama.

Tuesday, March 16, 2010

Berapa dah saya turun berat?

Target saya : BMI cecah kawasan selamat 18-25 dan mengurang boroi perut

Plan saya dari beberapa minggu lepas:
  1. Makan Supermaxx 5
  2. Ubah plan diet kepada yang lebih banyak sayur2an dan mengurangkan carbohidrat dan melebihkan serat dari sayur2an. Buah tak berapa nak minat. Memakan lebih banyak ikan dari seafood lain dan mengurangkan kadarkan pengambilan RED meat kepada 3 serving per week. Susu keju memang tak berapa suka. Seminggu sekali mesti makan yoghurt kerana baik untuk usus.
  3. 2 kali seminggu masuk Sauna FIR selama 40 minit. Sepatutnya membakar 600kcal sekali masuk. Walaupun susah nak datang tapi at least once a week. Memang berpeluh banyak. Kalau tak minum masa sauna can lost up to 0.6 kilo.
  4. Berfikiran positive
So far walaupun baru lost 1.5 kg . My waist dah hilang seinci ... dulu 34 inches pun ketat now may be 33 inch. Boroi pun dah ketara hilang. My comliance to supermaxx so far ..well to tell u the truth only once a day. My second box and my aim only to reduce my weight to 73kg which translate into BMI of 23. ..... it will looks good on me.

My weight from constant 76.4 kilos now hovering around around 74.5kg. Bila timbang make sure anda timbang bukan lpas makan sebab berat air yang anda minum pasti akan mempengaruhi keputusan. Gunakan timbany yang sama. my fav ... my timbang digital ...accurate most of the time. The most important is i dont have to be hungry all the time. Belanja dapur pun makin murah pasal sayur lebih murah dari daging.

By calculation from the internet .... kalory yang saya perlukan sehari dalam 2400kcal. To loose weight I need to cut down to 1600kcal ( susah nak buat ) but supermaxx has help me to
  • Reduce my hunger my reducing my apetite and feeling " kenyang " all the time. Tapi tengahari kna mkan just enough gak klau tak pukul 3 rasa mengigil tangan may be paras gula rendah.
  • Burm my fat and probably lost some more calories.
  • Guar gum can do the tricks ... and from my reading the powder is now safely used to help reduce weight and you must drink enough water ( 8 glasses) a day because of it high fibre content.
I want to stay slim and fit .... looks good on others people eyes too.

Monday, March 15, 2010

Gemuk dan risiko kesihatan


Banyak penyakit moden yang melanda negara maju telah dihidapi oleh masyarakat kita. Misalnya peningkatan sebanyak 8.3 peratus kes kes baru Diabetes type 2 dan juga peningkatan pengidap darah tinggi didapati adalah kesan terus dari perubahan gaya hidup yang lebih mewah makanan.



  1. Penyakit jantung ( e.g Lemah jantung, Saluran artery tersumbat)

  2. Stroke ( Angin Ahmar)

  3. Tekanan Darah tinggi ( Hypertension )

  4. Batu karang di hempedu ( Gall Bladder stone )

  5. Kencing manis ( Diabetes type 2 )

  6. Sakit Belakang ( Chronic back pain )

  7. Sakit sendi lutut ( knee osteoathritis ) kerana bebanan berlebihan ke atas sendi lutut.

  8. Apnea ( Sukar bernafas )

  9. Peningkatan risiko Barah seperti barah buah dada dan usus.

Adalah antara senarai penyakit yang dikenal pasti berhubung rapat dengan masalah kegemukkan.

Tuesday, March 9, 2010

10 makanan KAYA lemak

1. Mayonis (79g per 100g )
Apa nak buat: Elakkan Mayonis dalam sandwich dan gunakan dressing lain untuk SALAD anda contoh ... Italian Dressing.

2. Kekacang ( e.g Macadamia 77g per 100g)
Had seminggu segengam dan pilihlah kacang rendah lemak contoh seperti kacang gajus dan pea ( hijau ). Pengambilan kacang bagaimana baik kerana ia mengandungi kadar kholesterol rendah. Pemgamal vegetarian lazimnya mengantikan protein daging kepad sumber soya.

3. Kopi kreamer ( 50g setiap 100g).

Kaya dengan lemak tepu. GANTIKAN dengan susu rendah lemak.
4. Mentega kacang ( butter spread )
Jika ingin membeli periksa kandungan gula untuk setip " serving".

5. Kerepek Kentang ( 35g per 100gms).
periksa label kita akan dapati kandungan kalori yang berbeza2. Kerepek tempatan seperti pisang, kledek tanpa pengawet adalah jauh lebih baik.

6. Keju ( 33g per 100gms serving)
Pilihlah keju yang rendah lemak. Bayangkan sandwich yang sihat tetapi ditambah mayonis dan dua lapis keju. Baikkah untuk saluran darah anda?.

7. Daging Merah ( 31g per 100gms serving)
Masih tidak terlalu tinggi cuma kita selalu berlebih2an kerana sumber kewangan yang lebih baik. Elakkan makanan side meat produk seperti sausege, frankfuters yang mengandungi kandungan lemak nyata yang lebih tinggi.

8. Pai dan Pastry ( 23g per 100g pai ayam).

Pecahan lemak pai lebih tinggi dari mayonise. Kurangkan lah pengambilan sekiranya anda dalam proses menurunkan berat badan. Pilihlah makanan bijiran penuh seperti oat.

9. MAKANAN BERGORENG minyak banyak
Mengoreng pada asasnya akan menambahkan jumlah lemak dan kalori. Pilihan lain yang lebih sihat seperti grill, rebus dan membakar tiodak popular.

10 AVOGADO ( 17g per 100gms )
Tidaj popular di negara kita. Makan yang berlebihan boleh meningkatkan berat padan apatah lagi kalau di gaul bersama salad lain dan diperisakan dengan MAYONISE. Pengambilan pada kadar yang sederhana adalah baik kerana kandung lemak tida tepu yang tinggi.

Wednesday, March 3, 2010

Alamak ...apa saya makan semalam

Pagi bangun 6.30pagi
8.00 pagi : Segelas Super Maxx 5
9.30 pagi : Secawan kopi O bersama sebungkus nasi lemak taditional kecil harga RM2.00

Tengahari
1.00 - tidak merasa lapar
2.15 pm : Semangkuk Laksa dengan Sayur Salad yang dilebihkan

Tiada high tea
Minum air masak yang mencukupi sepanjang hari

Malam:
Agak sibuk menyediakan barang hantaran adik kandung
7.30 pm: Segelas super max 5
8.45 malam: Nasi goreng ( semangkuk rasanya ) bersama telur goreng, meratah sebiji timun dan tomato.

Tido 12.00 mlm
Keadaan tengah demam.

Monday, March 1, 2010

Kickstart untuk mendapat berat badan Ideal

Mengurangkan berat yang lebih jauh lebih mudah dari mengekalkannya.

Anda seharusnya bermula dengan:

  • Motivasi diri - mencari sebab untuk mendapat berat badan yang diidamkan i.e BMI yang sihat. Motivasi perlukan sokongan dari orang yang sangat rapat dengan kita. Carilah penyebab walaupun untuk hari perkahwinan yang bakal menjelang.
  • Mesti ada target - berapakah penurunan yang kita maukan. Disarankan penurunan yang sihat adalah pada kadar 0.5kg seminggu atau secara kasar 4 kilogram sebulan untuk mengelakkan bebanan yang sangat drastik kepada organ dalaman. Target yang ideal ialah menurunkan 10% berat anda untuk tempoh 3 hingga 6 bulan. Sekiranya anda OBESE setiap 10% penurunan pasti akan membawa perubahan positif perubatan.
  • Diari@ journal menu - kajian terbaru menunjukkan kesan positif dari penggunaan journal menu peribadi yang ditulis setiap hari untuk tempoh tertentu. Mengapa? Kita boleh trace apa yang kita makan dan boleh dibincangkan. Bawa journal anda kepada pakar nutrisi atau yang berpengetahuan untuk melihat samada menu anda itu menepati amalan yang sihat.
  • Makanlah makanan yang berkhasiat dan kekal active. Kombinasi merancang jumlah pengambilan kalori dan melakukan aktiviti physical amat membantu kita mendapatkan berat badan yang ideal. How many calories you burn depends on the frequency, duration and intensity of your activities. One of the best ways to lose body fat is through steady aerobic exercise — such as walking — for more than 30 minutes most days of the week..
  • Ubahlah cara hidup anda kepada cara hidup yang lebih sihat untuk mengekalkan berat badan yang baik.

Be realistik

Menu saya hari ini ........

Pagi
  • Bangun 6.20 pagi
7.30 pagi
8.45 pagi bersarapan pagi
  • sekeping roti bakar
  • Telur separuh masak 2 biji


1.30 tghari
  • lunch
  • Nasi tanpa extra - 1 serving
  • bersama lauk ayam masak kicap - 1 serving
  • Sayur sawi -2 serving
  • air susah nak ubah - teh o ais
No snack today - so tak de minum petang

8.30 malam
  • nasi - semangkuk = 1 serving
  • ikan kembung masak sambal - satu ekor
  • Sayur timun potong , sebenarnya main ratah jer separuh timun
  • Air kosong sahaja.
  • Petang ni tak rasa nak makan jus supermaxx 5 tu
Minum air kosong memang banyak almost 2 litres
Tido awal ..... untuk badan yang sihat


Esok ... menu tak tau lagi
Keperluan kalori untuk turunkan berat badan saya 1400kcal

Wednesday, February 24, 2010

You are not alone

Sekiranya anda tergolong dalam golongan OBESE jangan gusar kerana anda tidak keseorangan. Masalah anda sekarang sudah menjadi masalah global dinegara membangun dan maju. Penyumbang terbesar masalah obesiti adalah perubahan gaya hidup , status socioeconomic yang lebih baik yang meyumbang kepada pengambilan makanan yang berlebihan, tidak seimbang dan tidak teratur.

1. Buat masa ini kajian menunjukkna 1 dari tiga orang dewasa di Malaysia adalah "overweight " dengan BMI melebihi 25. Phenomenon yang sama telah meyumbang kepada peningkatan kes - kes penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

2. Negara kita yang semakin maju mempunyai data obesity yang semakin menghampiri negara maju seperti contohnya di USA.
National Weight Control Registry melapurkan:
  • 3/4 mempunyai kedua-dua atau salah seorang ibu/bapa yang obese.
  • 19% sudah mengalami obesity sejak berumur 18 tahun.
  • Their lifetime weight cycling score -jumlah berat yang hilang dan datang semula pada purata 122kg untuk tempoh 8 tahun
  • Kebanyakkan yang berjaya mengekalkan amalan makanan yang sihat yang terdiri dari 24% lemak, 56% carbohydrates dan 19% protein.
  • Dan juga megekalkan hidup yang aktif dengan 91 peratus melakukan beberapa kegiatan fizikal.
Selepas satu tahun 59% terus mengekalkan berat badan yang diidamkan, 6% terus mengalami penurunan berat badan dan 35% merekodkan peningkatan berat sebanyak 2.2 kg. Menarik kerana kumpulan yang mengalami penambahan berat badan adalah dari mereka yang pada mulanya mengalami penurunan berat badan yang mendadak. Kumpulan ini didapati mengalami tekananan perasaan yang lebih dan megamalkan " binge eating" akhirnya.
source:http://www.lifeclinic.com/focus/nutrition/articleView.asp?MessageID=1224

Adakah anda OBESE?

Bagaimana anda mengukurnya?

1. Index Jisim Tubuh (IJT) atau Body mass index (BMI)

Berat badan banyak m,empengaruhi tahap kesihatan seseorang. Individu yang obese lebih terdedag kepada penyakit kronik terutamanya Kencing manis( diabetes), darah tinggi( hypertension), penyakit jantung (heart diseases), batu hempedu (gall bladder stone) dan penyakit sendi ( arthritis).

Gunakan kalkulator dibawah untuk mengetahui BMI anda.



* If Your BMI is Less than 18.5, you are underweight
* If Your BMI is 18.5 to less than 25, your weight is desirable
* If Your BMI is 25 to less than 30, you are overweight
* If Your BMI is 30 or more, you are obese

BMI ini tidak bole diapplikasikan untuk mereka yang berumur 17.9 tahun dan ke bawah.

2. Ukurlah nisbah ukurlilit pinggang dan punggung anda. Ukuran pinggang selalunya diukur pada bahagian selari dengan pusat ( navel ) anda dan BUKAN ukuran talipinggang anda. Ukuran punggung pada ukuran lilit yang tertinggi. Nisbah pinggang-punggung yang lebih daripada 1.0 (untuk lelaki) atau lebih daripada 0.85 (untuk wanita) adalah kurang sihat

Tuesday, February 23, 2010

Kenapa Sarapan pagi itu penting

Kenapa anda perlu bersarapan pagi?

  • Mengurangkan rasa lapar pada siang hari dan seteruskan mengurangkan risiko mengambil makanan berlebihan semasa makan tengahari atau mengambil terlalu banyak "snack" yang berkalori tinggi. Berlapar terlalu lama akan meningkatkan " insulin rsponse " yang secara tidak langsung akan merangsang pembentukkan lebih banyak simpanan lemak.
  • Pengambilan sarapan yang sempurna akan melatih anda untuk makan makanan yang berkhasiat. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil sarapan sempurna lebih cenderung untuk mengambil mkananan yang berkhasiat sepanjang hari.
  • Mengambil sarapan akan menjadikan anda lebih bertenaga dan mampu melakukan aktiviti physical yang lebih banyak. Ianya juga akan meningkat kadar metabolisma badan pada tahap yang optimum.

Monday, February 22, 2010

Apakan dia saiz sajian?

Apakan dia saiz sajian?

Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti .


Apakah yang membentuk satu sajian?

Jenis Makanan

Satu Sajian

  • Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian
  • Contoh. : Nasi, roti, cereal, mee, yam, kentang
  • ½ cawan nasi putih
  • ½ cawan mi/bihun/kuetiau/pasta
  • 1 keping roti bijirin penuh
  • ½ keping capati (saiz kecil)
  • 1 cawan bubur nasi
  • ½ cawan bijiran sarapan
  • 1 biji ubi kentang saiz sederhana
  • 3 keping biskut tawar/krim

Sayur-sayuran

  • ½ cawan sayuran berdaun hijau tua
  • ½ cawan sayuran buah atau ubian
  • ½ cawan lain-lain sayuran

Buah-buahan

  • ½ biji jambu batu saiz sederhana
  • 1 potong betik / tembikai / nanas
  • 1 biji pisang / oren / pir / epal
  • ½ cawan jus buah (tanpa gula)

Susu dan Produk Tenusu

  • 1 cawan susu
  • ½ cawan dadih
  • 1 keping keju
  • * tenusu rendah lemak lebih digalakkan

Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang

  • 1 ketul peha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembung
  • 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
  • 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
  • ½ cawan kekacang kering
  • 4 sudu makan udang kecil dengan kulit
  • 1 keping tauhu
  • 1 keping tempe
  • 1 biji telur saiz sederhana (gred C)

Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia

Piramid Makanan Malaysia


Apakah dia Piramid Makanan?


Satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .

Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

  • Paras 1
    • Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Paras 3
    • Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
    • Susu dan produk tenusu
  • Paras 4
    • Lemak, minyak, gula dan garam

Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?

  • Paras 1
    • Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian)
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
  • Paras 3
    • Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
  • Paras 4
    • Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)

Friday, February 19, 2010