Create your own banner at mybannermaker.com!
www.spaqaseh.com.my Membantu mencapai berat ideal anda untuk kesejahteraan sepanjang hayat

Wednesday, February 24, 2010

You are not alone

Sekiranya anda tergolong dalam golongan OBESE jangan gusar kerana anda tidak keseorangan. Masalah anda sekarang sudah menjadi masalah global dinegara membangun dan maju. Penyumbang terbesar masalah obesiti adalah perubahan gaya hidup , status socioeconomic yang lebih baik yang meyumbang kepada pengambilan makanan yang berlebihan, tidak seimbang dan tidak teratur.

1. Buat masa ini kajian menunjukkna 1 dari tiga orang dewasa di Malaysia adalah "overweight " dengan BMI melebihi 25. Phenomenon yang sama telah meyumbang kepada peningkatan kes - kes penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

2. Negara kita yang semakin maju mempunyai data obesity yang semakin menghampiri negara maju seperti contohnya di USA.
National Weight Control Registry melapurkan:
  • 3/4 mempunyai kedua-dua atau salah seorang ibu/bapa yang obese.
  • 19% sudah mengalami obesity sejak berumur 18 tahun.
  • Their lifetime weight cycling score -jumlah berat yang hilang dan datang semula pada purata 122kg untuk tempoh 8 tahun
  • Kebanyakkan yang berjaya mengekalkan amalan makanan yang sihat yang terdiri dari 24% lemak, 56% carbohydrates dan 19% protein.
  • Dan juga megekalkan hidup yang aktif dengan 91 peratus melakukan beberapa kegiatan fizikal.
Selepas satu tahun 59% terus mengekalkan berat badan yang diidamkan, 6% terus mengalami penurunan berat badan dan 35% merekodkan peningkatan berat sebanyak 2.2 kg. Menarik kerana kumpulan yang mengalami penambahan berat badan adalah dari mereka yang pada mulanya mengalami penurunan berat badan yang mendadak. Kumpulan ini didapati mengalami tekananan perasaan yang lebih dan megamalkan " binge eating" akhirnya.
source:http://www.lifeclinic.com/focus/nutrition/articleView.asp?MessageID=1224

No comments:

Post a Comment