Create your own banner at mybannermaker.com!
www.spaqaseh.com.my Membantu mencapai berat ideal anda untuk kesejahteraan sepanjang hayat

Wednesday, February 24, 2010

You are not alone

Sekiranya anda tergolong dalam golongan OBESE jangan gusar kerana anda tidak keseorangan. Masalah anda sekarang sudah menjadi masalah global dinegara membangun dan maju. Penyumbang terbesar masalah obesiti adalah perubahan gaya hidup , status socioeconomic yang lebih baik yang meyumbang kepada pengambilan makanan yang berlebihan, tidak seimbang dan tidak teratur.

1. Buat masa ini kajian menunjukkna 1 dari tiga orang dewasa di Malaysia adalah "overweight " dengan BMI melebihi 25. Phenomenon yang sama telah meyumbang kepada peningkatan kes - kes penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

2. Negara kita yang semakin maju mempunyai data obesity yang semakin menghampiri negara maju seperti contohnya di USA.
National Weight Control Registry melapurkan:
  • 3/4 mempunyai kedua-dua atau salah seorang ibu/bapa yang obese.
  • 19% sudah mengalami obesity sejak berumur 18 tahun.
  • Their lifetime weight cycling score -jumlah berat yang hilang dan datang semula pada purata 122kg untuk tempoh 8 tahun
  • Kebanyakkan yang berjaya mengekalkan amalan makanan yang sihat yang terdiri dari 24% lemak, 56% carbohydrates dan 19% protein.
  • Dan juga megekalkan hidup yang aktif dengan 91 peratus melakukan beberapa kegiatan fizikal.
Selepas satu tahun 59% terus mengekalkan berat badan yang diidamkan, 6% terus mengalami penurunan berat badan dan 35% merekodkan peningkatan berat sebanyak 2.2 kg. Menarik kerana kumpulan yang mengalami penambahan berat badan adalah dari mereka yang pada mulanya mengalami penurunan berat badan yang mendadak. Kumpulan ini didapati mengalami tekananan perasaan yang lebih dan megamalkan " binge eating" akhirnya.
source:http://www.lifeclinic.com/focus/nutrition/articleView.asp?MessageID=1224

Adakah anda OBESE?

Bagaimana anda mengukurnya?

1. Index Jisim Tubuh (IJT) atau Body mass index (BMI)

Berat badan banyak m,empengaruhi tahap kesihatan seseorang. Individu yang obese lebih terdedag kepada penyakit kronik terutamanya Kencing manis( diabetes), darah tinggi( hypertension), penyakit jantung (heart diseases), batu hempedu (gall bladder stone) dan penyakit sendi ( arthritis).

Gunakan kalkulator dibawah untuk mengetahui BMI anda.



* If Your BMI is Less than 18.5, you are underweight
* If Your BMI is 18.5 to less than 25, your weight is desirable
* If Your BMI is 25 to less than 30, you are overweight
* If Your BMI is 30 or more, you are obese

BMI ini tidak bole diapplikasikan untuk mereka yang berumur 17.9 tahun dan ke bawah.

2. Ukurlah nisbah ukurlilit pinggang dan punggung anda. Ukuran pinggang selalunya diukur pada bahagian selari dengan pusat ( navel ) anda dan BUKAN ukuran talipinggang anda. Ukuran punggung pada ukuran lilit yang tertinggi. Nisbah pinggang-punggung yang lebih daripada 1.0 (untuk lelaki) atau lebih daripada 0.85 (untuk wanita) adalah kurang sihat

Tuesday, February 23, 2010

Kenapa Sarapan pagi itu penting

Kenapa anda perlu bersarapan pagi?

  • Mengurangkan rasa lapar pada siang hari dan seteruskan mengurangkan risiko mengambil makanan berlebihan semasa makan tengahari atau mengambil terlalu banyak "snack" yang berkalori tinggi. Berlapar terlalu lama akan meningkatkan " insulin rsponse " yang secara tidak langsung akan merangsang pembentukkan lebih banyak simpanan lemak.
  • Pengambilan sarapan yang sempurna akan melatih anda untuk makan makanan yang berkhasiat. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil sarapan sempurna lebih cenderung untuk mengambil mkananan yang berkhasiat sepanjang hari.
  • Mengambil sarapan akan menjadikan anda lebih bertenaga dan mampu melakukan aktiviti physical yang lebih banyak. Ianya juga akan meningkat kadar metabolisma badan pada tahap yang optimum.

Monday, February 22, 2010

Apakan dia saiz sajian?

Apakan dia saiz sajian?

Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti .


Apakah yang membentuk satu sajian?

Jenis Makanan

Satu Sajian

  • Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian
  • Contoh. : Nasi, roti, cereal, mee, yam, kentang
  • ½ cawan nasi putih
  • ½ cawan mi/bihun/kuetiau/pasta
  • 1 keping roti bijirin penuh
  • ½ keping capati (saiz kecil)
  • 1 cawan bubur nasi
  • ½ cawan bijiran sarapan
  • 1 biji ubi kentang saiz sederhana
  • 3 keping biskut tawar/krim

Sayur-sayuran

  • ½ cawan sayuran berdaun hijau tua
  • ½ cawan sayuran buah atau ubian
  • ½ cawan lain-lain sayuran

Buah-buahan

  • ½ biji jambu batu saiz sederhana
  • 1 potong betik / tembikai / nanas
  • 1 biji pisang / oren / pir / epal
  • ½ cawan jus buah (tanpa gula)

Susu dan Produk Tenusu

  • 1 cawan susu
  • ½ cawan dadih
  • 1 keping keju
  • * tenusu rendah lemak lebih digalakkan

Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang

  • 1 ketul peha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembung
  • 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
  • 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
  • ½ cawan kekacang kering
  • 4 sudu makan udang kecil dengan kulit
  • 1 keping tauhu
  • 1 keping tempe
  • 1 biji telur saiz sederhana (gred C)

Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia

Piramid Makanan Malaysia


Apakah dia Piramid Makanan?


Satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .

Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

  • Paras 1
    • Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Paras 3
    • Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
    • Susu dan produk tenusu
  • Paras 4
    • Lemak, minyak, gula dan garam

Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?

  • Paras 1
    • Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian)
  • Paras 2
    • Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
  • Paras 3
    • Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
  • Paras 4
    • Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)

Friday, February 19, 2010