Kenapa anda perlu bersarapan pagi?
- Mengurangkan rasa lapar pada siang hari dan seteruskan mengurangkan risiko mengambil makanan berlebihan semasa makan tengahari atau mengambil terlalu banyak "snack" yang berkalori tinggi. Berlapar terlalu lama akan meningkatkan " insulin rsponse " yang secara tidak langsung akan merangsang pembentukkan lebih banyak simpanan lemak.
- Pengambilan sarapan yang sempurna akan melatih anda untuk makan makanan yang berkhasiat. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil sarapan sempurna lebih cenderung untuk mengambil mkananan yang berkhasiat sepanjang hari.
- Mengambil sarapan akan menjadikan anda lebih bertenaga dan mampu melakukan aktiviti physical yang lebih banyak. Ianya juga akan meningkat kadar metabolisma badan pada tahap yang optimum.
No comments:
Post a Comment