Friday, October 22, 2010
Friday, March 26, 2010
GULA DAN GEMUK ....
Saranan WHO .... pengambilan gula tidak melebihi 10 peratus dari jumlah tenaga harian atau tidak melebihi 10 SUDU TEH!
Tengok orang MALAYSIA : 2002/2003 purata gula dlm betuk gula pasir dan susu = 7 sudu
2009: pengambilan gula meningkat kepada 16 sudu teh sehari ( gula pasir je tu ) kalau campur gula dalam makanan bersamaan 25 sudu teh sehari. Itu adalh 25% keperluan tenaga dari hasil gula yang tiada NUTRISI.
Wednesday, March 24, 2010
Tengah PREPARE list of FOOD dengan nilai Kalori.
Thursday, March 18, 2010
Guar gum dan Supermaxx5
Dibuat dari guar bean sejenis kekacang. Guar gum adalah fiber unik yang larut ( soluble fibres ) yang mengandungi karbohidrat komleks yang tidak diserap dan boleh menyerap air didalam usus sekiranya dimakan. Penggunaan nya mungkin boleh:
- Mengurangkan paras total kolesterol
- Mengurangkan paras lemak triglycerides
- Meningkatkan kolesterol baik ( HDL )
- Menstabilkan paras gula
- Membaikpulih flora bacteria didalam usus
- Mengurangkan selera makan
- Seterusnya membantu mengurangkan berat badan.
Bagaimana ia mengurangkan selera makanan anda
- Kandungan fiber guar gum akan menyebakan perjalanan makanan yang lebih perlahan dan menyebabkan kesan kenyang yang lama terutamnya sekiranya dimakan sejam sebelum waktu makan anda
- " Partially hydrolized guar gum" akan meningkatkan paras CCK ( cholcystokinin ) yang akan menghantar signal ke otak anda yang anda berasa kenyang. Rangsangan yang sama sekiranya anda memakan terlalu banyak lemak dan protein. Kalori rendah whey protein ( e.g kacang soya ) juga menunjukkan perkara yang sama.
Tuesday, March 16, 2010
Berapa dah saya turun berat?
Plan saya dari beberapa minggu lepas:
- Makan Supermaxx 5
- Ubah plan diet kepada yang lebih banyak sayur2an dan mengurangkan carbohidrat dan melebihkan serat dari sayur2an. Buah tak berapa nak minat. Memakan lebih banyak ikan dari seafood lain dan mengurangkan kadarkan pengambilan RED meat kepada 3 serving per week. Susu keju memang tak berapa suka. Seminggu sekali mesti makan yoghurt kerana baik untuk usus.
- 2 kali seminggu masuk Sauna FIR selama 40 minit. Sepatutnya membakar 600kcal sekali masuk. Walaupun susah nak datang tapi at least once a week. Memang berpeluh banyak. Kalau tak minum masa sauna can lost up to 0.6 kilo.
- Berfikiran positive
My weight from constant 76.4 kilos now hovering around around 74.5kg. Bila timbang make sure anda timbang bukan lpas makan sebab berat air yang anda minum pasti akan mempengaruhi keputusan. Gunakan timbany yang sama. my fav ... my timbang digital ...accurate most of the time. The most important is i dont have to be hungry all the time. Belanja dapur pun makin murah pasal sayur lebih murah dari daging.
By calculation from the internet .... kalory yang saya perlukan sehari dalam 2400kcal. To loose weight I need to cut down to 1600kcal ( susah nak buat ) but supermaxx has help me to
- Reduce my hunger my reducing my apetite and feeling " kenyang " all the time. Tapi tengahari kna mkan just enough gak klau tak pukul 3 rasa mengigil tangan may be paras gula rendah.
- Burm my fat and probably lost some more calories.
- Guar gum can do the tricks ... and from my reading the powder is now safely used to help reduce weight and you must drink enough water ( 8 glasses) a day because of it high fibre content.
Monday, March 15, 2010
Gemuk dan risiko kesihatan
Banyak penyakit moden yang melanda negara maju telah dihidapi oleh masyarakat kita. Misalnya peningkatan sebanyak 8.3 peratus kes kes baru Diabetes type 2 dan juga peningkatan pengidap darah tinggi didapati adalah kesan terus dari perubahan gaya hidup yang lebih mewah makanan.
- Penyakit jantung ( e.g Lemah jantung, Saluran artery tersumbat)
- Stroke ( Angin Ahmar)
- Tekanan Darah tinggi ( Hypertension )
- Batu karang di hempedu ( Gall Bladder stone )
- Kencing manis ( Diabetes type 2 )
- Sakit Belakang ( Chronic back pain )
- Sakit sendi lutut ( knee osteoathritis ) kerana bebanan berlebihan ke atas sendi lutut.
- Apnea ( Sukar bernafas )
- Peningkatan risiko Barah seperti barah buah dada dan usus.
Adalah antara senarai penyakit yang dikenal pasti berhubung rapat dengan masalah kegemukkan.
Tuesday, March 9, 2010
10 makanan KAYA lemak
Apa nak buat: Elakkan Mayonis dalam sandwich dan gunakan dressing lain untuk SALAD anda contoh ... Italian Dressing.
2. Kekacang ( e.g Macadamia 77g per 100g)
Had seminggu segengam dan pilihlah kacang rendah lemak contoh seperti kacang gajus dan pea ( hijau ). Pengambilan kacang bagaimana baik kerana ia mengandungi kadar kholesterol rendah. Pemgamal vegetarian lazimnya mengantikan protein daging kepad sumber soya.
3. Kopi kreamer ( 50g setiap 100g).
Kaya dengan lemak tepu. GANTIKAN dengan susu rendah lemak.
4. Mentega kacang ( butter spread )
Jika ingin membeli periksa kandungan gula untuk setip " serving".
5. Kerepek Kentang ( 35g per 100gms).
periksa label kita akan dapati kandungan kalori yang berbeza2. Kerepek tempatan seperti pisang, kledek tanpa pengawet adalah jauh lebih baik.
6. Keju ( 33g per 100gms serving)
Pilihlah keju yang rendah lemak. Bayangkan sandwich yang sihat tetapi ditambah mayonis dan dua lapis keju. Baikkah untuk saluran darah anda?.
7. Daging Merah ( 31g per 100gms serving)
Masih tidak terlalu tinggi cuma kita selalu berlebih2an kerana sumber kewangan yang lebih baik. Elakkan makanan side meat produk seperti sausege, frankfuters yang mengandungi kandungan lemak nyata yang lebih tinggi.
8. Pai dan Pastry ( 23g per 100g pai ayam).
Pecahan lemak pai lebih tinggi dari mayonise. Kurangkan lah pengambilan sekiranya anda dalam proses menurunkan berat badan. Pilihlah makanan bijiran penuh seperti oat.
9. MAKANAN BERGORENG minyak banyak
Mengoreng pada asasnya akan menambahkan jumlah lemak dan kalori. Pilihan lain yang lebih sihat seperti grill, rebus dan membakar tiodak popular.
10 AVOGADO ( 17g per 100gms )
Tidaj popular di negara kita. Makan yang berlebihan boleh meningkatkan berat padan apatah lagi kalau di gaul bersama salad lain dan diperisakan dengan MAYONISE. Pengambilan pada kadar yang sederhana adalah baik kerana kandung lemak tida tepu yang tinggi.
Friday, March 5, 2010
Wednesday, March 3, 2010
Alamak ...apa saya makan semalam
8.00 pagi : Segelas Super Maxx 5
9.30 pagi : Secawan kopi O bersama sebungkus nasi lemak taditional kecil harga RM2.00
Tengahari
1.00 - tidak merasa lapar
2.15 pm : Semangkuk Laksa dengan Sayur Salad yang dilebihkan
Tiada high tea
Minum air masak yang mencukupi sepanjang hari
Malam:
Agak sibuk menyediakan barang hantaran adik kandung
7.30 pm: Segelas super max 5
8.45 malam: Nasi goreng ( semangkuk rasanya ) bersama telur goreng, meratah sebiji timun dan tomato.
Tido 12.00 mlm
Keadaan tengah demam.
Monday, March 1, 2010
Kickstart untuk mendapat berat badan Ideal
Anda seharusnya bermula dengan:
- Motivasi diri - mencari sebab untuk mendapat berat badan yang diidamkan i.e BMI yang sihat. Motivasi perlukan sokongan dari orang yang sangat rapat dengan kita. Carilah penyebab walaupun untuk hari perkahwinan yang bakal menjelang.
- Mesti ada target - berapakah penurunan yang kita maukan. Disarankan penurunan yang sihat adalah pada kadar 0.5kg seminggu atau secara kasar 4 kilogram sebulan untuk mengelakkan bebanan yang sangat drastik kepada organ dalaman. Target yang ideal ialah menurunkan 10% berat anda untuk tempoh 3 hingga 6 bulan. Sekiranya anda OBESE setiap 10% penurunan pasti akan membawa perubahan positif perubatan.
- Diari@ journal menu - kajian terbaru menunjukkan kesan positif dari penggunaan journal menu peribadi yang ditulis setiap hari untuk tempoh tertentu. Mengapa? Kita boleh trace apa yang kita makan dan boleh dibincangkan. Bawa journal anda kepada pakar nutrisi atau yang berpengetahuan untuk melihat samada menu anda itu menepati amalan yang sihat.
- Makanlah makanan yang berkhasiat dan kekal active. Kombinasi merancang jumlah pengambilan kalori dan melakukan aktiviti physical amat membantu kita mendapatkan berat badan yang ideal. How many calories you burn depends on the frequency, duration and intensity of your activities. One of the best ways to lose body fat is through steady aerobic exercise — such as walking — for more than 30 minutes most days of the week..
- Ubahlah cara hidup anda kepada cara hidup yang lebih sihat untuk mengekalkan berat badan yang baik.
Be realistik
Pagi
- Bangun 6.20 pagi
- segelas supermaxx 5 dibancuh dengan air sejuk 300cc
- sekeping roti bakar
- Telur separuh masak 2 biji
1.30 tghari
- lunch
- Nasi tanpa extra - 1 serving
- bersama lauk ayam masak kicap - 1 serving
- Sayur sawi -2 serving
- air susah nak ubah - teh o ais
8.30 malam
- nasi - semangkuk = 1 serving
- ikan kembung masak sambal - satu ekor
- Sayur timun potong , sebenarnya main ratah jer separuh timun
- Air kosong sahaja.
- Petang ni tak rasa nak makan jus supermaxx 5 tu
Tido awal ..... untuk badan yang sihat
Esok ... menu tak tau lagi
Keperluan kalori untuk turunkan berat badan saya 1400kcal
Wednesday, February 24, 2010
You are not alone
1. Buat masa ini kajian menunjukkna 1 dari tiga orang dewasa di Malaysia adalah "overweight " dengan BMI melebihi 25. Phenomenon yang sama telah meyumbang kepada peningkatan kes - kes penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
2. Negara kita yang semakin maju mempunyai data obesity yang semakin menghampiri negara maju seperti contohnya di USA. National Weight Control Registry melapurkan:
- 3/4 mempunyai kedua-dua atau salah seorang ibu/bapa yang obese.
- 19% sudah mengalami obesity sejak berumur 18 tahun.
- Their lifetime weight cycling score -jumlah berat yang hilang dan datang semula pada purata 122kg untuk tempoh 8 tahun
- Kebanyakkan yang berjaya mengekalkan amalan makanan yang sihat yang terdiri dari 24% lemak, 56% carbohydrates dan 19% protein.
- Dan juga megekalkan hidup yang aktif dengan 91 peratus melakukan beberapa kegiatan fizikal.
source:http://www.lifeclinic.com/focus/nutrition/articleView.asp?MessageID=1224
Adakah anda OBESE?
1. Index Jisim Tubuh (IJT) atau Body mass index (BMI)
Berat badan banyak m,empengaruhi tahap kesihatan seseorang. Individu yang obese lebih terdedag kepada penyakit kronik terutamanya Kencing manis( diabetes), darah tinggi( hypertension), penyakit jantung (heart diseases), batu hempedu (gall bladder stone) dan penyakit sendi ( arthritis).
Gunakan kalkulator dibawah untuk mengetahui BMI anda.
* If Your BMI is Less than 18.5, you are underweight
* If Your BMI is 18.5 to less than 25, your weight is desirable
* If Your BMI is 25 to less than 30, you are overweight
* If Your BMI is 30 or more, you are obese
BMI ini tidak bole diapplikasikan untuk mereka yang berumur 17.9 tahun dan ke bawah.
2. Ukurlah nisbah ukurlilit pinggang dan punggung anda. Ukuran pinggang selalunya diukur pada bahagian selari dengan pusat ( navel ) anda dan BUKAN ukuran talipinggang anda. Ukuran punggung pada ukuran lilit yang tertinggi. Nisbah pinggang-punggung yang lebih daripada 1.0 (untuk lelaki) atau lebih daripada 0.85 (untuk wanita) adalah kurang sihat
Tuesday, February 23, 2010
Kenapa Sarapan pagi itu penting
Kenapa anda perlu bersarapan pagi?
- Mengurangkan rasa lapar pada siang hari dan seteruskan mengurangkan risiko mengambil makanan berlebihan semasa makan tengahari atau mengambil terlalu banyak "snack" yang berkalori tinggi. Berlapar terlalu lama akan meningkatkan " insulin rsponse " yang secara tidak langsung akan merangsang pembentukkan lebih banyak simpanan lemak.
- Pengambilan sarapan yang sempurna akan melatih anda untuk makan makanan yang berkhasiat. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil sarapan sempurna lebih cenderung untuk mengambil mkananan yang berkhasiat sepanjang hari.
- Mengambil sarapan akan menjadikan anda lebih bertenaga dan mampu melakukan aktiviti physical yang lebih banyak. Ianya juga akan meningkat kadar metabolisma badan pada tahap yang optimum.
Monday, February 22, 2010
Apakan dia saiz sajian?
Apakan dia saiz sajian?
Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti .
Apakah yang membentuk satu sajian?
Jenis Makanan | Satu Sajian |
|
|
Sayur-sayuran |
|
Buah-buahan |
|
Susu dan Produk Tenusu |
|
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang |
|
Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia
Piramid Makanan Malaysia
Apakah dia Piramid Makanan?
Satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .
Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
- Paras 1
- Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
- Paras 2
- Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Paras 3
- Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
- Susu dan produk tenusu
- Paras 4
- Lemak, minyak, gula dan garam
Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?
- Paras 1
- Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian)
- Paras 2
- Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
- Paras 3
- Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
- Paras 4
- Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)